About Me

My photo
Berasal dari Johor Bahru, Johor. Dilahirkan pada 21 Ramadhan 1417 bersamaan 31 Januari 1997 jam 4:14 pagi. I am a servant of ALLAH

Saturday, December 24, 2011

DAJJAL



ASAL-USUL KELUARGANYA
  • Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang di tangguhkan ajalnya, "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa A.S yang diangkat oleh Allah ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah.
  • Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman A.S dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman A.S, ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun, kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.
SIFAT BADANNYA
  • Hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka."
  • Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, di antaranya: 
  1. Seorang yang kelihatan masih muda
  2. Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan
  3. Rambutnya kerinting dan tebal
  4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun
  5. Tandanya yang paling ketara ialah: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Kedua-dua matanya adalah cacat. Di dahinya tertulis "Kafir (Ka Fa Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam sama ada ia pandai membaca atau tidak.
  • Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
SIFAT TINGGALNYA SEKARANG
  • Menurut riwayat "Shahih Muslim" Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassanah". Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur dan bukan di Barat.
 BERAPA LAMA IA AKAN HIDUP SETELAH KEMUNCULANNYA?
  • Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan seminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa. Jadi, keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakkan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
  • Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?" Nabi Muahmmad SAW menjawab, "Ia akan tinggal selama 40 hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalh sama seperti hari kamu yang biasa."
  • Lalu kami bertanya lagi, "Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembah yang sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)." Nabi Muhammad SAW menjawab; "Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang."
  • Maksud Sabda Rasulullah; Ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya, sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar dan begitulah seterusnya waktu sembahyang Mahgrib, Isyak dan Subuh sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa setahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.
FITNAH DAJJAL
  •  Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemapuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
  1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. 
Pada tahun pertama, hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka Daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan; "Hujanlah kamu di daerah ini!". Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah bertanya, "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu, wahai Rasulullah?" Nabi Muahammad SAW menjawab; "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi, zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan."

     2.  Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam kerana hakikat yang benar yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebanarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

     3.  Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya:
 
Kepantasan yang dimasudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam 1 jam. Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?" Nabi menjawab; "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yang dipikul oleh angin yang kencang." HR Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar suci umat Islam iaitu:
a) Makkah Al-Mukarramah
b) Madinah Al-Munawwarah

     4.  Bantuan syaitan-syaitan untuk memperkukuh kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam AS.

"Wallahu a'lam... Sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi Dajjal? Sedar atau tidak, kita semakin hampir dengan akhir zaman. Persiapkanlah diri kita."

No comments:

Post a Comment