About Me

My photo
Berasal dari Johor Bahru, Johor. Dilahirkan pada 21 Ramadhan 1417 bersamaan 31 Januari 1997 jam 4:14 pagi. I am a servant of ALLAH

Sunday, December 25, 2011

JALAN KE SYURGA MURAH, JALAN KE NERAKA MAHAL

RENUNGAN : Jalan Ke Syurga Murah , Jalan Ke Neraka Mahal

KALAU KE SYURGA MURAH, BUAT APA SUSAH-SUSAH KE NERAKA ???

 Fenomena A:

1. Sebungkus rokok, harga rata-ratanya adalah Rp. 10.000,- ia mengandung nikotin dan 4000 zat bahan kimia yg berbahaya bagi tubuh.

2. Sebotol Miras atau minuman yang memabukkan, harga rata-ratanya adalah Rp 25.000,-  ini adalah jenis Miras yg tergolong kelas bawah, sedang yg tergolong Miras kelas atas harganya ratusan ribu per botol. Ia mengandung bermacam-macam zat yg berbahaya bagi tubuh dan syaraf otak manusia.

3. Sebutir Pil Ekstasi, ganja, morfin, dan golongan narkotika yang lainnya, harga rata-rata per 1 unit berkisar ratusan ribu bahkan jutaan. Ia adalah golongan zat aktif yang paling sangat berbahaya bagi tubuh manusia.

4. Mencuri, memperkosa, zina, korupsi, dan lain-lain (resiko tertangkap adalah mendekam dipenjara dan diseksa, nama baik terjejas, dan lain-lain).

> Keempat hal ini adalah beberapa diantara Jalan menuju NERAKA. Dan untuk memasukinya kita harus membayar ekstra MAHAL. Bahkan untuk orang biasa yang hidup sederhana, penghasilan sebulan mungkin tidak cukup untuk membeli kesenangan semua diatas.

 Fenomena B:

1. Wang 500,- atau 1.000,- yang kita infakkan rutin seminggu sekali di tiap kutbah jumaat.

2. Wang 5.000,- atau 10.000,- yang kita berikan kepada fakir miskin atau sumbangan amal jariyah (hal inipun belum tentu dilakukan setiap hari).

3. Wang 10.000,- atau 15.000,- yang kita berikan kepada isteri untuk belanja sayuran dan lauk, dan memberi wang jajan untuk anak. Wang 5.000,- yang kita berikan kepada anak yatim atau janda. (hal inipun belum tentu kita lakukan setiap hari).

4. Berzikir 10 minit, solat 5 waktu rata-rata per solat 10 minit bererti total dalam sehari semalam hanya 50 minit dari 24 jam. Puasa ramadhan yangg cuma 30 hari dari total 365 hari. solat tahajud 15 minit dari waktu malam yang tersisa 12 jam.

> Keempat hal ini adalah beberapa di antara jalan menuju SYURGA. Bahkan Allah menggandakan pahalanya berlipat-lipat bagi siapa saja yangg dikehendaki. Dan ternyata, boleh dibilang hal ini adalah tergolong harga yang MURAH daripada untuk biaya jalan menuju NERAKA.

KESIMPULAN: Jalan menuju Neraka itu relatif MAHAL dan Jalan menuju Syurga itu relatif MURAH !

Tetapi yang terjadi sekarang ini, kenapa justru jalan yang harus dengan biaya Mahal dan menuju ke Neraka yangg justru lebih banyak dipilih ???

Padahal jalan menuju Syurga yang kenikmatannya tidak pernah terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga,dan tidak pernah terlintas dalam hati yang justru lebih mudah dan murah malah terasa berat kita lakukan..???

Memang zaman sekarang dengan zaman waktu Rasulullah SAW masih hidup sangat berbeza jauh. Dizaman Rasulullah SAW, jalan menuju Syurga harus ditebus dengan darah dan nyawa. Banyak sahabat yangg gugur di medan perang Jihad. Namun begitu, meski jalan ke Syurga harus ditempuh dengan pengorbanan darah dan nyawa, tapi mereka justru berlumba-lumba mengejarnya.

Lalu bagaimana dengan kita yang hidup dizaman yang serba canggih dengan segala kesenangan serba ada? Renung-renungkanlah, wahai sahabatku.

Saturday, December 24, 2011

DAJJAL



ASAL-USUL KELUARGANYA
  • Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang di tangguhkan ajalnya, "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa A.S yang diangkat oleh Allah ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah.
  • Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman A.S dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman A.S, ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun, kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.
SIFAT BADANNYA
  • Hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka."
  • Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, di antaranya: 
  1. Seorang yang kelihatan masih muda
  2. Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan
  3. Rambutnya kerinting dan tebal
  4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun
  5. Tandanya yang paling ketara ialah: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Kedua-dua matanya adalah cacat. Di dahinya tertulis "Kafir (Ka Fa Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam sama ada ia pandai membaca atau tidak.
  • Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
SIFAT TINGGALNYA SEKARANG
  • Menurut riwayat "Shahih Muslim" Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassanah". Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur dan bukan di Barat.
 BERAPA LAMA IA AKAN HIDUP SETELAH KEMUNCULANNYA?
  • Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan seminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa. Jadi, keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakkan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
  • Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?" Nabi Muahmmad SAW menjawab, "Ia akan tinggal selama 40 hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalh sama seperti hari kamu yang biasa."
  • Lalu kami bertanya lagi, "Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembah yang sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)." Nabi Muhammad SAW menjawab; "Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang."
  • Maksud Sabda Rasulullah; Ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya, sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar dan begitulah seterusnya waktu sembahyang Mahgrib, Isyak dan Subuh sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa setahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.
FITNAH DAJJAL
  •  Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemapuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
  1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. 
Pada tahun pertama, hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka Daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan; "Hujanlah kamu di daerah ini!". Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah bertanya, "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu, wahai Rasulullah?" Nabi Muahammad SAW menjawab; "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi, zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan."

     2.  Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam kerana hakikat yang benar yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebanarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

     3.  Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya:
 
Kepantasan yang dimasudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam 1 jam. Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?" Nabi menjawab; "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yang dipikul oleh angin yang kencang." HR Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar suci umat Islam iaitu:
a) Makkah Al-Mukarramah
b) Madinah Al-Munawwarah

     4.  Bantuan syaitan-syaitan untuk memperkukuh kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam AS.

"Wallahu a'lam... Sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi Dajjal? Sedar atau tidak, kita semakin hampir dengan akhir zaman. Persiapkanlah diri kita."

Wednesday, December 21, 2011

CARA-CARA MENGAMBIL WUDHUK YANG SEMPURNA

Assalamualaikum, bacalah sahabatku. Tak ambil masa lama sangat pun, hiburan kita boleh tengok berjam-jam apatah lagi sedikit ilmu ini. Mari kita mencari pahala di dalam wudhuk. Duhai sahabat yang ku kasihi kerana ALLAH, amalkan lah....

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan  kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku
ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar
dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul
Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu..share laa kpd rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Assalamualaikum. Wahai Kaum Hawa, sedarlah kamu, bukalah matamu sebelum terlambat. Allah amat menyayangi perempuan. Tidak percaya? Bacalah post di bawah ini. Selepas baca, renung-renugkanlah.... 

 Siapa kata jadi perempuan itu SENANG?

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising

Perempuan, stoking pun kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Comform tidak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool sahaja

Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan itu senang

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh, masa tengah jalan itu nak sahaja meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber sahaja

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive sahaja

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tidak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan itu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi

Lembut tak lembut hati perempuan,

Tapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ini lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah

Mereka cakap, Allah tidak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan itu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tidak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ini, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang bebel

Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'

Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki

Mereka sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri mereka

Mereka cakap diorang buat macam itu sebab Allah tidak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tidak adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tidak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita tidak pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat tidak Allah jadikan perempuan tu?

Masih tidak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tidak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan, kan?

Sekadar perkongsian bersama :)

 
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~


Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?... Renung-renungkanlah....