ISLAM IS WONDERFUL
What have you learn today?
About Me
- Anis
- Berasal dari Johor Bahru, Johor. Dilahirkan pada 21 Ramadhan 1417 bersamaan 31 Januari 1997 jam 4:14 pagi. I am a servant of ALLAH
Sunday, December 25, 2011
Saturday, December 24, 2011
DAJJAL
- Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang di tangguhkan ajalnya, "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa A.S yang diangkat oleh Allah ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah.
- Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman A.S dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman A.S, ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun, kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.
SIFAT BADANNYA
- Hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka."
- Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, di antaranya:
- Seorang yang kelihatan masih muda
- Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan
- Rambutnya kerinting dan tebal
- Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun
- Tandanya yang paling ketara ialah: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Kedua-dua matanya adalah cacat. Di dahinya tertulis "Kafir (Ka Fa Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam sama ada ia pandai membaca atau tidak.
- Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
SIFAT TINGGALNYA SEKARANG
- Menurut riwayat "Shahih Muslim" Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassanah". Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur dan bukan di Barat.
BERAPA LAMA IA AKAN HIDUP SETELAH KEMUNCULANNYA?
- Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan seminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa. Jadi, keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakkan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
- Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?" Nabi Muahmmad SAW menjawab, "Ia akan tinggal selama 40 hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalh sama seperti hari kamu yang biasa."
- Lalu kami bertanya lagi, "Wahai Rasulullah SAW! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembah yang sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)." Nabi Muhammad SAW menjawab; "Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang."
- Maksud Sabda Rasulullah; Ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya, sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar dan begitulah seterusnya waktu sembahyang Mahgrib, Isyak dan Subuh sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa setahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.
FITNAH DAJJAL
- Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemapuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama, hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka Daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan; "Hujanlah kamu di daerah ini!". Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah bertanya, "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu, wahai Rasulullah?" Nabi Muahammad SAW menjawab; "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi, zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan."
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam kerana hakikat yang benar yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebanarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimasudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam 1 jam. Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?" Nabi menjawab; "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yang dipikul oleh angin yang kencang." HR Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar suci umat Islam iaitu:
a) Makkah Al-Mukarramah
b) Madinah Al-Munawwarah
4. Bantuan syaitan-syaitan untuk memperkukuh kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam AS.
"Wallahu a'lam... Sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi Dajjal? Sedar atau tidak, kita semakin hampir dengan akhir zaman. Persiapkanlah diri kita."
Wednesday, December 21, 2011
CARA-CARA MENGAMBIL WUDHUK YANG SEMPURNA
Assalamualaikum, bacalah sahabatku. Tak ambil masa lama sangat pun, hiburan kita boleh tengok berjam-jam apatah lagi sedikit ilmu ini. Mari kita mencari pahala di dalam wudhuk. Duhai sahabat yang ku kasihi kerana ALLAH, amalkan lah....
Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku
ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar
dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul
Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu..share laa kpd rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.
Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku
ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar
dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul
Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu..share laa kpd rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.
SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN
Assalamualaikum. Wahai Kaum Hawa, sedarlah kamu, bukalah matamu sebelum terlambat. Allah amat menyayangi perempuan. Tidak percaya? Bacalah post di bawah ini. Selepas baca, renung-renugkanlah....
Siapa kata jadi perempuan itu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising
Perempuan, stoking pun kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Comform tidak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool sahaja
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan itu senang
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan itu nak sahaja meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber sahaja
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive sahaja
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tidak perasan yang dia sakit
Hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan itu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising
Perempuan, stoking pun kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Comform tidak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool sahaja
Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan itu senang
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan itu nak sahaja meraung sebab sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber sahaja
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive sahaja
Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tidak perasan yang dia sakit
Hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan itu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat je sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
Lembut tak lembut hati perempuan,
Tapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ini lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah
Mereka cakap, Allah tidak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan itu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tidak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ini, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang bebel
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
Mereka sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri mereka
Mereka cakap diorang buat macam itu sebab Allah tidak adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah tidak adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
Tidak adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tidak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tidak Allah jadikan perempuan tu?
Masih tidak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Tidak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan, kan?
Sekadar perkongsian bersama :)
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?... Renung-renungkanlah....
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?... Renung-renungkanlah....
Subscribe to:
Posts (Atom)